Friday, May 4, 2012

#Kolot Takde Facebook Hoi.

Bismillahirrahmanirrahim
Hello gorgeoussss yang sedang busy melayani facebook twitter myspace tagged friendster bla bla bla anda semua.! Oh. Tanya satu boleh? is it true yang manusia takde facebook itu kind of, pelik weird double double tak tak mengikuti arus pemodenan yang pesat?? walla. Another kind of typical statement aku rasa.
Yelah. Nowadays, *err, dah macam ayat dalam report writing dah* budak budak baru nak up, baru belajar kapur kasut sekolah pun dah ada facebook. dah pandai update status. dari budak sekolah rendah, sampailah ke tukang kebun sekolah pun ada facebook. tu belum masuk campur kira yang memasak di dapur. Kira nya, sapa takda, termasuk dalam orang yang duduk bertafakur dalam gua la ye dak? Ye ke? Kira penting lah ek. Malu beb kalah dengan bebudak kecittt yang sekarang online facebook pun pakai tab. Hai untunglah.






notakaki: walau gua takda facebook bagai, tapi gua ada belog. Lu ada? hewhew. tak nak kalah lagi tu.

Wednesday, May 2, 2012

Biar Buruk

assalamualaikum 
"Biar buruk di mata dunia,
asal hati tak keji.

Biar hidup serba sederhana,
asal hidup tak mencuri."

Ah, Persetankan pantun tak kena gaya bahasa ke apa.
Yang penting, hidup jangan aniaya orang.
Jangan sesuka hati ambil hak orang, besar kesan nya pada diri.

Biar buruk di mata manusia, biar buruk pakai kita,
tapi jangan busuk di mata Tuhan.

Wednesday, April 18, 2012

A new.


THEY SAY, love is a trap door. that u really can't look for. 
#Always.

Wednesday, January 25, 2012

Terima Kasih, wahai Cinta!

Bismillahirrahmanirrahim..
Buat seorang pemberi cinta,
Tahniah atas sebuah pengorbanan.
Tetap di situ sedia memberi dan berkongsi. 
Sabar menanti dan melayani.
Dan tersenyum walau pun hati penuh duka.
Wahai pencinta,
Jangan pernah berhenti, mencintai. 
Juga, jangan pernah sekali meragui.


Terimakasih, wuuhai cinta! 
Pemberi makna kepada sebuah kehidupan. ;)
Sang pemilik rusuk kiri.




with love. 25 Januari 2012.
&& ;D





Wednesday, January 18, 2012

Something Worthwhile

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. *amboi bukan main panjang nau bagi salam.
ehem. apa khabar si gorgeous si gorgeous semua? ada baik? harap semua baik baik saja sementelah gua tinggal kan lu semua dengan satu pengharapan. satu perubahan. dan satu titik permulaan yang baru. 
maaf andai aku dah abaikan ini untuk satu temph yang lama. yeah, tah sapa tah yang berminat nak amik tahu dak? 


tahun baru. penuh penantian.
buat seorang wanita yang bakal melahirkan seorang bayi yang aku tunggu ternanti selama ini, moga tahun ini tahun berkat buat kamu. lahirkan beby yang sihat untuk kami, okey? ergh. satu lagi perasaan maha hebat bilakala aku bakal jadi seorang makcik. Makcik? ah. tak glemer lagi. Auntie? amerika sangat. Makwe. haah, itu stylee. 


juga, buat yang target mahu mendirikan masjid, surau, membina impian, tahniah diucapkan. Juga semoga setiap kebahagiaan milik kau semua. ahha.


apa yang aku tahu, yang pasti, aku sudah menemukan satu titik maha hebat dalam hidup aku. yang setiap orang mencari cari dan tertunggu tunggu.
peniup kekuatan. pendamping paling setia.
permulaan segala perubahan.
harap ini diizinkan Tuhan.
*juga, tak siapa kisah. ah. persetankan lagi.




terimakasih, wahai cinta.


ps: selamat tahun baru buat kalian. maaf, satu ucapan yang sudah terlalu basi. :)

Saturday, November 26, 2011

How To Deal With a So- so - Kedekut Person

Dengan nama Allah.
ps: ini bukan utk teori lelaki kawin banyak ok.
Hv u ever experienced with these kind of situation ?
- wey, Kau, dengan naive nya (sumpah bukan watak aku) pergi dekat orang untuk pinjam note, especially note untuk subject yang gila babeng kau tak faham langsung, but then niat suci kau tu tak mendapat respons yang baik, or easy to say, orang tu tak bagi pinjam? or even worse, buat buat tak dengar? ey rasa macam cilllll saja dak? 
- di situasi yang lain, bila that so-annoying-tahik-hidung-masin-kedekut-note, nak pinjam note kau yang tak lah berapa hebat tu, kau takda alasan lain melainkan redha sahaja. it's killing situation gila boleh tak. time kita tengah in need nak pinjam, dia boleh buat kayu sahaja.


oh okay. ini bukan nak buat kronologi. tapi aku tau, orang jenis macam ni memang belambak. tah hape salah nak share ilmu pun tak tau lah. oh lupa. Hidup masing masing kan.? Pandai sendiri sendiri lah ye. 
tak faham langsung dengan orang selfish gila macam ni. 
Even kita dah susah payah buat note sekalipun, tak hilng de pun ilmu tu, by sharing. 
Sharing is not F**king.
kau ada lebih nya dekat situ. bila buat note, kau lebih faham. yang copy note kau tu belum tentu faham macam mana kau faham. faham? ergh.


bawak bawak lah tolong kawan kawan yang memerlukn ni. tak banyak. hanya secebis nota. hewwwww. 
ini seriously bukan kempen merayu untuk nota okey. 
cuma nak cakap, benda paling annoying atas muka bumi ini adalah terpaksa berhadapan dengan orang kedekut ilmu tapi sibuk sibuk nak pinjam note orang! 



Thursday, November 3, 2011

Graduasi

Bismillah.
hello semua .
tadi gua dengar radio suria fm. cis, gua lupa ini malam jumaat. malam mereka manja manja muah muah eww ewww bagai. Jadi, kanak kanak bawah 18tahun tak payah gatei gatei nak dengar sekali. Ergh, diorang ni pun, kot iye nak mengawan pun tak payah laaa nak on air kan . . bikin budak budak jadi panas ja. *terasa*.


okey, ini minggu yang sangat exhausted buat aku dan rakan rakan.
permulaan hari minggu dengan hari graduasi, jadi buat mereka yang sama sama tamatkan sesi pembelajaran bersama kekasih hati, untunglah hai, dapat bergraduasi bersama cinta hati. sama sama dapat segulungan diploma. Ehem. Senyum bukan main lebar lagi ye? -.- highlight main point dekat sini, hari graduasi adalah sangat sangat penat gila, boleh tak? Ergh. anyway, Tahniah tahniah kamu kamu semua. Omedeto gozaimasu. *naa, Ini function depa suruh hamek bahasa ketiga, supaya gua dapat ber-eksen barang sekejap dua. hihi. Lu ada? 


beautiful isnin juga dimulakan dengan test test test yang berderet. oh. Bosan bosan bosan. isnin selasa dan khamis. baru ini gua rasa gua acting like budak U.perh. eh. Ini dah semacam "diary minggu ini" dah gua buat ni. 


dan, bila sebut pasal hari graduasi, secara tak otomatiknya semua akan rasa macam dah bertambah selangkah lagi satu tapak ke hadapan. wah, sudah besar. sudah harus jadi matang. sudah perlu untuk memikir hal hal sampingan. mula lah tu fikir sesuatu dengan sesirius mungkin. ehem, tapi tapi tapi, itu bukan pra syaratnya. tak semestinya sudah bergraduasi bermaksud sudah perlu ada teman sehati teman sebantal, dak?


mungkin ada yang bertemu jodoh sebelum graduasi.
mungkin jugak ada yang bertemu jodoh selepas bergraduasi.
tapi,
mungkin ada yang bertemu semasa graduasi, siapa tahu dak?
semasa rempuhan atau semasa membelah lautan manusia? ps : Uitm should change the way they manage the rehearsal and the real convocation day. it's like, ergh ergh ergh!









okey, buat semua, Selamat menempuh hidup baru, jalan yang baru.
gua tetap sayang lu lu semua.